Pemacu Optikal
Terdapat dua kategori storan optikal iaitu CD dan DVD yang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu CD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD+RW dan DVD-RW. Storan optikal ini popular kerana ia mudah digunakan dan serasi untuk semua jenis PC yang mempunyai pemacu CD atau DVD.
CD
Tidak semua jenis CD merupakan media baca-sahaja. Kini terdapat juga pemacu CD-RW atau CD-R yang membolehkan anda merekod data anda kepada CD. CD-R membenarkan anda menulis data digital kepada cakera CD-R sekali sahaja dan anda tidak boleh memadam atau menulis data buat kali kedua. Pemacu CD-RW pula membenarkan anda menulis data kepada cakera CD-RW seberapa banyak kali yang anda mahu dan menulis kepada cakera CD-R sekali sahaja.
Pemacu CD-RW adalah agak mahal sedikit daripada pemacu ORB dan ia berharga di antara RM550 hingga RM1,600 bergantung kepada model dan pengeluarnya. Media untuk CD-R dan CD-RW adalah murah iaitu kira-kira RM3.00 untuk cakera CD-R dan kira-kira RM8 hingga RM10 untuk cakera CD-RW.
Kelajuan pemacu CD-RW melakukan perpindahan data bergantung kepada setiap model. Untuk menentukan kadar perpindahan data sesebuah pemacu anda perlu lihat pada kelajuan putaran seperti 1X, 10X, 12X dan ada sehingga 52X. Pada kelajuan 1X kadar perpindahan data ialah 150KBps, dengan itu lebih tinggi kelajuan putaran lebih tinggi kadar perpindahan data. Contohnya pemacu 2X mempunyai kadar perpindahan data sebanyak 300KBps dan 32X pula ialah pada 4,800KBps.
Pemacu-pemacu ini mempunyai lebih daripada satu kelajuan putaran iaitu kelajuan putaran ketika pemacu membaca dan kelajuan putaran ketika data ditulis. Contohnya pemacu Creative Labs CD-RW Blaster 12-10-32 mempunyai keupayaan membaca data pada 32X, menulis kepada CD-R pada 12X dan menulis kepada CD-RW pada 10X.
Pemacu CD-RW hanya boleh menanggung 650MB pada satu cakera iaitu lebih rendah daripada Jaz dan ORB. Dengan itu ia tidak boleh menyimpan video yang banyak tambahan pula harganya adalah menyamai Jaz. Namun begitu CD-RW boleh dibaca oleh sebarang pemacu CD dan DVD yang ada pada sebarang jenama komputer dan ia juga mudah disimpan serta ringan untuk dibawa.
DVD
DVD juga mempunyai media yang boleh ditulis dan menyimpan data dengan banyak. Pemacu DVD-R boleh digunakan untuk pengguna yang mahu menyimpan data dalam jumlah yang amat besar. Sehingga kini terdapat tiga jenis DVD boleh rakam iaitu DVD-RAM, DVD+RW dan DVD-RW. Malangnya setiap standard hanya boleh digunakan pada medianya yang tersendiri sahaja dan tidak boleh bertukar-ganti atau berkongsi media.
DVD boleh menyimpan data dalam jumlah yang besar iaitu daripada 4.7GB hingga 17GB. Ini boleh kerana pemacu DVD boleh mengendalikan data pada cakera DVD dengan baik dan cekap pada kedua-dua belah cakera. Cakera DVD boleh rakam pula mempunyai storan yang kecil sedikit contohnya DVD-RAM hanya boleh menyimpan sejumlah 5.2GB hingga 9.4GB data pada kedua-dua belah cakera.
Kadar perpindahan data juga adalah lebih pantas berbanding dengan pemacu CD. Kadar perpindahan data bagi sebuah pemacu DVD iaitu 1,350KBps untuk 1X. Dengan itu kebanyakan pemacu mempunyai 2X kelajuan bacaan dan 1X kelajuan menulis. Pemacu DVD juga sesuai untuk penyimpanan fail grafik dan video kerana saiz storannya yang besar dan kadar perpindahan data yang tinggi. Manakala harga sebuah pemacu DVD adalah di antara RM1,200 hingga RM3,100 dan harga cakera pula adalah di antara RM70 hingga RM120 sekeping.
Storan di Internet
Satu lagi storan yang semakin popular ialah storan dalam talian di Internet. Anda boleh menyimpan bukan sahaja video dan gambar grafik tetapi juga lagu-lagu MP3 dan fail-fail dokumen. Malah terdapat juga gerbang web storan yang menyediakan kemudahan capaian untuk pengguna lain yang mendapat kebenaran daripada anda.
Antara storan percuma yang terdapat di dalam internet ialah MySpace.com yang menyediakan sejumlah 300MB ruang storan, Driveway untuk 25MB storan, Xdrive untuk 100MB storan, idrive untuk 50MB storan dan FreeDrive untuk 50MB storan.
Kesejahteraan storan
Storan merupakan salah satu komponen penting dalam penggunaan dan penyimpanan data. Tidak kira apakah jenis data yang digunakan atau yang hendak disimpan storan adalah satu media yang utama bagi pengguna. Tanpa storan dalaman atau luaran data pasti tidak akan dapat disimpan dan diarkibkan dengan baik. Anda boleh memilih untuk menggunakan cakera keras atau CD-R atau CD-RW atau DVD-R atau DVD+RW atau Jaz atau Zip atau ORB untuk menyimpan data-data anda. Tepuk dada tanyalah selera.4:35 PM | Labels: news |
This entry was posted on 4:35 PM and is filed under news . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment